Menyayangimu
Bagaikan hatiku tiada sempadan
Aliran jiwaku mengalir bersama arus sungai cinta
Ditempoh kerikil batu-batu tanpa sesak dan kesusahan
Oh sungguh indahnya perasaan itu
Mengasihimu ibuku
Meluaskan kecilnya ruang hatiku
Menyegarkan lesunya jiwaku
Menegangkan uratku yang kian melemah
Dek keringnya dari siraman cintamu
Andaikata aku dapat bernyanyi
Burung merak pasti mahu mendedangkannya bersamaku
Menceritakan keceriaan dihatiku di saat aku bersamamu
Walaupun cume seketika..
Tetapi kebahagiaannya terasa hingga mencapai penjuru langit sejagat
Indahnya kasih itu
Apabila ia menjadi dinamo kepada semangat
Dan penyuntik ilham
Serta penerang obor cahaya
Kepada berlikunya jalanku ini...
umie.... terima kasih umie..
org syggg umie sangat2x...............
org akan bahagiakan umie.....
org akan buat umie gembira sampai akhir nafas org....
sayang umie sangat.....
org x ley idup tanpa umie,....
tak dapat org bayangkan umie
umie penting dalam idup org
umie la segala-galanya
org akan belajar bersungguh2
org nak umie gembira dengan kejayaan yg org dapat
susah payah umie tanggung org belajar
org akan balas dengan kejayaan
terima kasih umie atas segala-galanya..
I LUV U SO MUCH UMIE...=)
No comments:
Post a Comment